pengikut PiNk vAniLLa

Friday, July 29

Al-Hubb....

السلام عليكم
  “Cinta”. Perkataan yg biasa kita dengar dan ungkapkan. Setiap manusia yg berpeluang hidup di muka bumi ini pasti mengalami perasaan cinta. Manusia memang dilahirkan secara fitrahnya mempunyai perasaan cinta.

Seorang ibu sanggup berkorban nyawa utk anaknya kerana cintanya kpd  anak. Seorang bapa sanggup berkorban harta dan tenaga kerana perasaan cintanya kpd  keluarga. Seorang penuntut sanggup mengharungi susah dan payah kerana cintanya kpd  ilmu. Seorang perwira sanggup berkorban jiwa kerana cintanya kpd  tanahair. Seorang hartawan sanggup berkorban masa dan maruah kerana cintanya kpd  harta. Dan seorang pencinta kononnya sanggup merentasi lautan berapi lantaran cintanya kpd  kekasihnya. Secara dasarnya, kita sanggup berbuat apa sahaja kerana ingin menjaga dan mengejar cinta.

Itulah cinta. Ianya fitrah dan ia juga boleh menjadi fitnah. Ia boleh menjadikan seseorang mulia atau hina. Ia boleh merubah manusia menjadi lebih baik di sisi Tuhan dan manusia. Dan ia boleh juga menjatuhkan nilai seseorang dari sudut pandangan Tuhan dan manusia.

Sudah lama kita menjalani kehidupan ini. Dan sudah byk kali perkataan
‘cinta’ kita ungkapkan dan luahkan. Di kesempatan yang terbatas ini, marilah kita bermuhasabah. Muhasabah tentang cinta. Mudah-mudahan muhasabah ini bisa menyedarkan kita semua akan di mana letak duduknya rasa cinta kita? Di tempat yang sepatutnyakah? Atau sudah tersasarkah cinta kita selama ini?

1. Orang yang beriman sangat cinta kepada ALLAH

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا

يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah...” (Surah ke-2, al-Baqarah: ayat ke-165)

2. Amaran Kepada Yang Meletakkan Cinta Kepada Mahkluk Melebihi Cinta Kepada ALLAH

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ

وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ

كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ

وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ

اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu kuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. (Surah ke-9, at-Taubah: ayat ke-24)

Cukuplah dengan 2 ayat al-Quran di atas bagi kita mula bermuhasabah. Jika selama ini kita telah meletakkan cinta dan perhatian kepada makhluk, mulai hari ini marilah kita letakkan semula rasa cinta dan kasih itu di tempat yang sepatutnya. Menyedari bahawa meletakkan cinta kepada ALLAH mengatasi segala-galanya, kita mesti membuktikan rasa cinta itu. Tidak cukup dengan hanya kalimah “aku cintakan ALLAH” atau “ALLAH adalah segala-galanya buatku” atau seumpama dengannya. Ia mesti dibuktikan!

ALLAH SWT  telah berfirman di dalam al-Quran tentang pembuktian cinta kepada ALLAH adalah dengan mengikuti segala suruhan dan perintah yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W.:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ

اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah ali-Imran: ayat ke-31)

Justeru, bagi merealisasikan rasa cinta kepada ALLAH, kita juga mesti meletakkan rasa patuh dan cinta kepada Rasulullah S.A.W. Al-hubb (cinta) dan al-ittiba’ (ikut) Rasulullah S.A.W  adalah suatu yang dituntut agama.

pembaca yang dikasihi sekalian,

Sudah banyak rasa kecewa menyinggahi jiwa kita. Sudah tidak terkira kita rasa sedih apabila orang  yang kita cintai membuat sesuatu yang tidak kita sukai. Sudah acap kali kita didatangi keresahan apabila harta yang kita cintai hilang atau berubah hakmilik. Ya, cinta kepada makhluk pasti mengundang kekecewaan.

Sekiranya cinta dan kasih diletakkan kepada ALLAH melebihi rasa cinta kita kepada makhlukNYA, nescaya kita tidak akan didatangi kecewa. Sedih yang melanda akan segera terubat apabila cinta kepada ALLAH menguasai jiwa. Malah, jiwa akan hidup dalam ketenangan dan kemanisan iman akan mula menyerap ke dalam jiwa.

Hadis riwayat Anas r.a., dia berkata bahawa Nabi S.A.W. bersabda:

“Ada tiga hal yang barang siapa mengamalkannya, maka ia dapat menemukan manisnya iman, iaitu orang yang lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya daripada yang lain, mencintai orang lain hanya kerana Allah, tidak suka kembali ke dalam kekufuran (setelah Allah menyelamatkannya) sebagaimana ia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka.” (Sahih Muslim No.60)

semoga penulisan yang ringkas dapat member petunjuk kepada kita untuk melalui jalan yang benar disisi Allah SWT…
Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan diri sy…
Ilalliqa’….
p/s: semoga kita semua mendapat keredhaan Allah SWT didunia dan diakhirat.
Sumber dari : sahabatmusleem.blogspot
Vietnam Air Losses: USAF, Navy, and Marine Corps Fixed-Wing Aircraft Losses in SE Asia 1961-1973"Let the Fun Begin" Beach Bag - Honeymoon Gift

Tuesday, July 26

saLam pErkEnaLan dr PiNk vAniLLa

السلام عليكم
Haii semua….:D
Pembuka kata , saya nak perkenalkan diri saya dulu…
Bukan apa , nanti tak lah korang semua tertanya-tanya…
“sape ye pink vanilla nie?”
(soalan lazim yang selalu ditanya kepada sesiapa saja)
Saya penggemar warna Pink
Juga penggemar ice cream Vanilla…
Saya baru lagi dalam dunia bloging nie…
Mintak tunjuk ajar korang semua lah….
Harap-harap korang sudi lar ye ….
Salam perkenalan dari saya….
PINK VANILLA